Want your
own Fotopage?










 
mydear myheart mylove mazzira

By: mydear mazzira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 28-Apr-2009 09:22 Email | Share | | Bookmark
Kembali dengan segunung kesyukuran ..... amin

Allhamdulillah, kami sekeluarga selamat pergi dan kembali dari Ibadah Umrah di Tanah Suci Makkah dan Ziarah ke Kota Madinah. Sesungguhnnya hampir 2 minggu di sana seperti tidak terasa sama sekali. 4 hari di kota Madinah Al-Munawwarah dan 9 Hari di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah seperti sekelip mata sahaja.

Jutaan terima kasih di atas sokongan ahli keluarga dan sahabat-sahabat di tanah air yang sentiasa bersms dan mms bertanya khabar keadaan kami sekeluarga di sana.

Pengalaman - sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Tatkala pertama kali mata ini menatap Kaabah menitis laju air mata ini tidak tertahan-tahan. Sukar untuk diluahkan perasaan ini ketika itu. Terasa begitu kerdil sekali. Seperti tidak percaya yang diri ini berada di hadapan Kaabah, di dalam Masjidil Haram. Kali pertama tawaf umrah 7 kali keliling Kaabah, basah terus telekung sembahyang yang mak bagi dek air mata aku yang tak tertahan-tahan. Kali pertama diri ini sujud di hadapan Kaabah semakin laju air mata ini mengalir. Saat Kali pertama diri ini menadah tangan dan berdoa di hadapan kaabah, Allahuakhbar sukar betul untuk digambarkan .

Syukur di panjatkan ke hadrat yg esa di permudahkan urusan kami di sana. Walaupun suhu siang mencecah 40'c dan malam 33'c, allhamdulillah kami sekeluarga sihat dan dapat menunaikan ibadah dengan selesa.






Di Madinah - Allhamdulillah berpeluang ziarah ke Makam Rasullah dan Sahabat baginda serta alhamdulillah melawat Taman di Syurga - Raudhah




Sepanjang ziarah, banyak tempat yang kami lawati di Kota Makkah dan Madinah. Hanya beberapa keping gambar yang dapat disisipkan di sini untuk tatapan rakan-rakan. Antaranya kami berpeluang melawat semua tempat yang digunakan sepanjang musim Haji iaitu Mina, Muzdaliffah dan Padang Arafah. Kami juga diberi kesempatan melawat masjid-masjid peninggalan Rasullah, Masjid Quba', Masjid Qiblatain dan Masjid Hudaibiyah. Tidak lupa juga lawatan kami ke makam para pejuang Islam semasa perang Khandak dan Uhud serta Muzium Sejarah kota Makkah dan Madinah di Makkah.

Ya allah, semoga kunjungan kami sekeluarga ini bukanlah yang pertama dan terakhir. Murahkanlah rezeki kami Ya Allah untuk mengunjungi lagi Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.... Amin... Amin... Amin ....

Quote:
Hamba Allah : Betul tu saya sokong 100%. Dosa sesama insan kita memang tak boleh lupa.lagi-lagi dosa dengan kedua orang tua. Tapi allhamdulillah, saya dapat menjadi INSAN ISTIMEWA di Tanah Suci Makkah dan Madinah semasa Ibadah Umrah tempoh hari. Hari hari kami ke Masjidil Haram melalui Pintu yang paling utama Masjid iaitu Babus Salam. Tidak kira apa jua Ibadah yang ingin kami lakukan, umrah, tawaf sunat mahupun waktu solat, allhamdulillah kami dapat melalui pintu Babus Salam tersebut. Diberi kesempatan untuk mencium Hajaratul Aswad, Berdoa di Multazam, di lengkungan Hijir Ismail dan Rukun Yamani, berdoa di Makam Nabi Ibrahim, berdoa di Makam baginda Rasullah dan Raudhah dan yang paling istimewa dapat memegang dan mencium kain kiswah KAABAH. Hajat saya untuk melihat anak sulung saya tidur di hadapan Kaabah juga tercapai. ALLAHUAKBAR besarnya nikmat dan kesempatan yang Allah turunkan kepada kami sekeluarga, Allhamdulillah dipermudahkan segala urusan kami di sana. Sesungguhnya diri ini bukan insan yang sempurna. Tapi Allah maha Besar, maha mengetahui ikhlas hati hambanya. Renung-renungkanlah. Wallahualam.

G-Mah : Aku dah masuk tujuh bulan sekarang. Ko dah berapa bulan ?

wani : lambat lagi nak pegi sana tu, tunggu aku bersalin dulu. Insyallah lepas Krismas nanti.

alhamdulillah...dah selamat kembali. besar dah perut ko mie Wed 29-Apr-2009 01:03
Posted by:mama_imankasyfi  - [Link]
seronoknya dengar pengalaman ko. betulla mie hati kena betul2 ikhlas bila nak pegi sana. dengar citer ko nak pegi France & London pulak. wahhh jalan sakan ... Wed 29-Apr-2009 09:45
Posted by:ms.wani
betoi kata g-mah, seronok dgr pengalaman p sana.. mak aku pun ada kata bila mengadap kaabah didepan mata hanya air mata dapat tafsirkan seluruh perasaan kita... eh mi nak g london eh? nak itut........... Mon 4-May-2009 01:24
Posted by:acik cikin  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 9-Apr-2009 07:40 Email | Share | | Bookmark
A day before leave ....

Hmmmm hari ni sebenarnya last day aku keje sebelum bercuti panjang untuk ke Tanah Suci Mekah. Tak sabar rasanya nak tunggu hari Sabtu .... Bolehke si Danial tu naik flight lama-lama, menurut ustaz yang bagi kursus umrah hari tu, penerbangan dari Malaysia ke Jeddah memakan masa hampir 8 jam. Peghh lama betul .... memang berkampungla dalam flight tu, Aku n husband insyallah OK, anak teruna sorang ni la .... takut boring... paling lama pun dia naik flight dalam 3 jam ... itupun tunggang langgang dah semua permainan dia ....Mengikut jadual perjalanan kami, sampai di Jeddah kami akan terus ke Madinah menaiki coach selama 5 jam ... tak dapat ku bayangkan pengalaman tersebut, hari-hari aku panjatkan doa kepada yang esa semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan kami sekeluarga di sana nanti. AMIN....

kami sekeluarga akan menaiki Pesawat MAS MH150 berlepas dari KLIA pada jam 3.15 petang insyallah. Jadual balik aku tak ingat, dok exited nak pegi je ni .... Lupa nak tgk jadual balik ... Barang-barang semua dah beli...cuma tak masukkan lagi dalam bag. Banyak jugakla persiapan yang perlu dibuat, dekat sana tak sama macam kat sini. Mostly memang pakai pakaian yang menutup aurat dan bertelekung. Nasib baikla mak aku banyak sponsor barang, segala jubah , telekung , sarung kaki, sarung tangan, etc .... semua mak yang punya. Aku cuma beli beberapa helai jubah sahaja.

Di kesempatan ini, kepada rakan-rakan semua , saya sekeluarga dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andainya terdapat apa-apa kesalahan diri ini terhadap kalian semua. Sesungguhnya diri ini juga insan biasa, tak lepas dari kesalahan. Kepada kawan-kawan sekalian jgn lupa doakan kami sekeluarga ketika di sana nanti . Panjang umur kita jumpa lagi.




alhamdulillah...muda2 dpt ke sana...selamat pergi & kembali sekeluarga.. Sat 11-Apr-2009 17:00
Posted by:kamalrabah


DIJEMPUT KE MAJLIS PERKAHWINAN ADEK POMPUAN ZAI..
PADA 31MAY 2009 NANTI
BERTEMPAT DI KG BIKAN LABU BESAR KULIM

TUK MAKLUMAT LANJUT KLIK CINI
http://zbintim.fotopages.com/?entry=1817556

KEDATANGAN AMAT DIALU2KAN...

YG MENYAMBUT KEDATANGAN ANDA
~ZAI KULIM &MR'T'~
Tue 14-Apr-2009 10:39
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Wednesday, 25-Mar-2009 10:11 Email | Share | | Bookmark
Musim Hujan








hujan, rahmat dari tuhan... tahniah kerana dah melepasi tahap morning sickness yg teruk. dan tahniah kerana bakal menunaikan umrah tak lama lg. semoga semuanya berada dlm keadaan baik... doakan aku sihat sejahtera ya. now turn aku plak asik muntah jer... melepek wei... aiyakkk Wed 1-Apr-2009 01:01
Posted by:mama_imankasyfi  - [Link]
Add comment


Monday, 23-Mar-2009 07:42 Email | Share | | Bookmark
Belated Entry For My B'day and Our 4th annivessary

Lambat pulak nak update entry kali ni .... sibuk betul since last week ... B'day sendiri 19 Mac lepas pun hampir-hampir terlupa ..... Aduhhh , bila la yg aku tak sibuk ni ..... semakin besar perut, makin banyak keje ..... relax-relax ..... jgn pressure , tak elok untuk kesihatan ....... 

Anyway thanks for all my staff at PMO, buat surprise b'day party kat opis ..... the cake so lovely .... dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada MYDEAR, hadiah yang teramat istimewa aku rasa kali ini ....... Yang memang selama ini aku impi-impikan ..... 3 tiket penerbangan pergi balik dan penginapan untuk kami sekeluarga menunaikan Ibadat Umrah di Tanah Suci Mekah pada 11-22 April nanti ......



Allhamdulillah, syukur pada yang esa, di panjangkan umur, diberikan kebahagian dalam keluarga kami dan dimurahkan rezeki kami sekeluarga untuk mengunjungi rumah mu. Kepada kawan-kawan yang membaca entry aku kali ini, mohon doakanlah kami sekeluarga, semoga kami selamat pergi dan balik dan dikurniakan kesihatan yang baik. Time tu aku usia kandunganku dah mencecah 25 minggu (6 bulan).

kadang-kadang ada jugak perasaan risau. yela baru pertama kali nak pergi. takde pengalaman, dengan mengandung lagi, dengan si danial lagi yang tengah lasak. tapi memandangkan hubby aku pernah pergi dan setelah mendapat sokongan dari ahli keluarga yang lain insyallah perasaan tu beansur hilang. Semoga kami dapat menjalankan ibadat umrah dengan sempurna ketika di tanah suci nanti. AMIN




HAPPY BESDAY...SEMOGA PANJANG UMUR..DAN MURAH REZEKI SELALU

SEMOGA SELAMAT PERGI DAN BALIK DARI UMRAH NANTI...BESTNYER..
Tue 24-Mar-2009 10:24
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
alhamdulillah mi.. moga dipermudahkan ko mengerjakan ibadah kat sana.. mi, nak pesan kurma banyak2 bleh? hehehe..ko makan banyak2 kurma tau kasik mata anak cun cam ko gak.. Wed 25-Mar-2009 01:19
Posted by:acik cikin  - [Link]
Tahniah kerana dpt ke Tanah Suci awal...apa nak risau tempat suci pasti diRahmati...amin...amin...amin. Fri 27-Mar-2009 02:11
Posted by:amboii  - [Link]
Add comment


Thursday, 12-Mar-2009 09:07 Email | Share | | Bookmark
what inside my mind .........

my baby ........... not buy any baby stuff yet ... hmmm

[url=http://www.pregnology.com]


my new cert. ISO 9001:2008 INTERNAL AUDITING




all my pendings work (just becoz my 2 days ISO training)




my 'set dalam pantang' .... hmmm which one?

1st Choice - Nona Roguy


2nd Choice - Sendayu Tinggi Ammy 60 Days- i've used it before, very good but problem with my 'toilet time' .... hmmmm



last ..... my becoming b'day on this 19th ....





happy birthday mimie Thu 19-Mar-2009 02:53
Posted by:Amira  - [Link]
hepi belated bday mimi.... Fri 20-Mar-2009 16:40
Posted by:unnamed
Add comment


Thursday, 5-Mar-2009 10:03 Email | Share | | Bookmark

its been so long aku tak jengah FP ni .... Early stage 2009 ni memang sibuk ..... Dengan kerja, dengan urusan rumahtangga, dengan urusan family dll ..... tapi time citer best dekat TV sure ada time....Last citer yang aku dok follow is .... Anak Betong .... nice story , aku tau for sure memang ramai yang follow citer ni ..... dekat opis ni, sampai sanggup tgk online di TV3 .... SPAQ 2 pun not bad.... i like, sebab pelakon die best dan cantik2, very fashionable ....

aku sekarang, allhamdulillah dah recover dari semua simptom ibu mengandung. Life back to normal... Alhamdulillah ... So, aku selitkan sikit gambar untuk tatapan ....







sweetnya hantaran tu..sedap mata aku menengoknya... Fri 6-Mar-2009 09:11
Posted by:acik cikin  - [Link]
aku tukang ikatkan reben je sikin.....yang lain tu adik2 aku yang buat..... Fri 6-Mar-2009 09:39
Posted by:mummymukhreez  - [Link]
dah berapa bulan skang mie? aku alhamdulillah setakat ni tak mengalami lg simptom yg pelik2...@ blm lagi? ayoooo.... Wed 11-Mar-2009 00:47
Posted by:mama_iman
Add comment


Monday, 9-Feb-2009 07:25 Email | Share | | Bookmark
tahap malas yang melampau

hmmmmm teruk betul pregnant kali ni . berubah terus hidup . even memang simptom-simptom yang biasa dilalui oleh pompuan pregnant, tapi kesengsaraannya tuhan je la yang tahu.

Apa yang aku lalui :-
1. muntah/ pening/ loya di tahap yang melampau - dah bukan morning sickness dah, morning until
night dah ni. untuk 3 bulan pertama, purata 9-10 kali aku berulang ke sinki dan yang pasti beg
muntah MAS sentiasa bersama ku kemana sahaja.
2. hilang selera makan di tahap yang serius. disebabkan sentiasa nak muntah, selera makan aku
terus hilang dengan mendadak dan paling teruk minum air pun aku rasa nak muntah.
3. pening tgk matahari naik - time ni tuhan jela yang tau. rasa nak menyorok bawah katil je.
4. Bau-bau yang meloyakan -
-Bau anak sendiri, ha yang ni memang pelik, bau si danial memang aku allergik, bau bedak die
ke, bau sabun mandi die waima syampu, semua aku tak boleh. semua aku pening.
-Bau rumah sendiri - aku terpaksa beli Ambi Pure Odour Stop untuk menyerap semua bau.
-Bau dalam Kereta sendiri - ni pun lg satu hal. disebabkan aku n husband tempat keje berlainan
arah, so tak dapat la die nak hantar aku, dalam kereta pun aku letak penyerap bau ni. aku tak
boleh ada bau sikit pun. mula la nak muntah.
5. Urine test fail - puncanya kurang minum air, bila dah doc dah warning nak tahan aku kat wad,
barula aku gagahkan diri minum air - khasnya air kosong.
6. Prestasi keje aku gak terganggu - yang ni memang tak dapat nak elak, aku sentiasa takde mood
nak pegi keje. Apa taknya, nak mandi pun malas, ni pulak nak suruh drive pi keje. Sudahnya, aku
asyik mc memanjang, nak buat mcm mana dah memang betul aku tak larat. nasib baik company
aku ni memahami. kalau tak dah lama dah kena fired. hahaha.

Apa-apa pun semua tu pengalaman. Allhamdulillah berkat doa orang2 tersayang termasuk rakan2 , simptom2 tersebut semakin lama semakin berkurangan. Risau jugak aku, ada jugak yang sampai 9 bulan pun asyik muntah2 je. Di kesempatan ini aku nak rakamkan penghargaan khas buat :

1. Suami tercinta - yang sentiasa bersabar dengan karenah aku, di saat2 keadaan kesihatan mental
dan fizikal aku yang memang kritikal di awal kehamilan. Mengambil alih tugas aku sebagai isteri di
rumah. Maklumla, akukan allergik semua bau, so bau sabun basuh kain pun memang tak boleh.
Mydear tersayangla yang membasuh baju kami sekeluarga. Siap tolong lipat tu, sadis betul.

2. Mak dan ayah - yang sanggup datang jauh dari Taiping, untuk melawat keadaan aku disamping
menjaga cucu yang semakin lasak. Untuk makluman, si danial pun tak berapa nak ngam dgn aku,
ada je benda tak kena. nak mengamuk je. Bila ada Opah dan Tok Wan die, okla sikit. kalau tak tu
memang tak makan saman. Penyudahnya, Opah n Tok wan bawa balik danial ke Taiping untuk
seketika, sementara keadaan aku dah kembali terkawal.


Betul la kata orang, perempuan mengandung ni ada pelbagai ragam. Kuncinya sentiasa bersabar, ingat kepada yang Esa . Insyallah dugaan hanya sementara.





mimie...aku baca pun rase nak muntah gak tapi seriously, teruk btul kali ni eh? aku pregnant dulu mmg takde muntah2....loya tu standard la kan? seram plak baca ko nya experience ni. agaknya nak dpt girl kot mimie hihi Mon 23-Feb-2009 08:54
Posted by:Amira  - [Link]
mie..bisnes hai-o mcmmana? Tue 24-Feb-2009 07:35
Posted by:along  - [Link]
bersabar ja la mi.. org kata 9 bln tu kejap..tapi kita yang mmbawa budak ni teramat la lama... aku doakan ko dapat bby girl plak kali ni ya.. byk kali mengandung pun pasti tak sama pengalamannya... cam tu la jugak bersalin..heheheh Wed 25-Feb-2009 06:48
Posted by:acik cikin  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 2-Dec-2008 05:54 Email | Share | | Bookmark
CUCUR BADAK OPAH TEPENG

mmmm, last week balik rumah mak di taiping. Cuma kami bertiga je yang balik, aku, danial n maksu danial. Abah Danial keje , ada kapal urgent. Di sebabkan dan rindu sangat kat mak, aku gagahkan jugak diri balik tepeng, drive sorang2. Bukan apa, semenjak 2 menjak ni do teringin sangat nak makan cucuk badak yang mak buat. Kuih ni memang favourite aku dari kecik. Al maklumlakan, dok KL ni mana nak dapat cucuq badak yang sedap. Kalau ada pun, tepung teballa, inti pulak dak hampas kelapa, ntah2 apa rasa. So, time balik tepeng hari tu. Puas la hati aku melantak cucuq badak. Siang malam pagi petang dok makan cucuq badak. Sampai bawak bekal balik KL.




MIMI.... SEJUTA tahniah utk ko.. aku doakan kandungan ke-3 ko ni selamat... jaga elok2 tau. walaupun tak dapat nak marathon ngan ko tapi aku happy coz usaha ko nak menambahkan umat muhammad berjaya..amin..biar enel ada kawan kat umah.. Thu 4-Dec-2008 07:12
Posted by:acik cikin  - [Link]
wah cedapnyer...... cucur badak... Sat 3-Jan-2009 15:22
Posted by:~~ciklinn~~  - [Link]
CUCUR UDANG ADER UDANG CUCUR BADAK MANA BADAKNYER.. DAH BRAPA BULA NIE?? Fri 9-Jan-2009 07:16
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 26-Nov-2008 03:12 Email | Share | | Bookmark
Model Gaun Pengantin





haaaa.... inila zai, sapala yang tak kenal zai ni kan. Anyway, thank you zai sebab rajin jenguk FP cek.



aku pun tak nak ketinggalan menempek gambaq kawin dolu dolu, sibukla nak pakai gaun pengantin ala-ala cinderella. Sampai ada photoshoot kat Lake Garden Tepeng.

YA ALLAH..GEMPALNYER DAKU BERBANDING DGN KO YG RAMPING BANGAT TU... APAPUN THANKS BUAT ENTRY KASI TEMPEK PIC ZAI...TU PIC DAH LAMA TUU..MUKA PUN BUDAK2 G.. Wed 26-Nov-2008 04:19
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
YA ALLAH..GEMPALNYER DAKU BERBANDING DGN KO YG RAMPING BANGAT TU... APAPUN THANKS BUAT ENTRY KASI TEMPEK PIC ZAI...TU PIC DAH LAMA TUU..MUKA PUN BUDAK2 G.. Wed 26-Nov-2008 04:19
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Tuesday, 18-Nov-2008 07:40 Email | Share | | Bookmark
ALFIO RALDO - YEAR END SALE

this is the time yang aku sentiasa tunggu. Alfio Raldo year end sale. Semua kasut yang berkenan di hati murah gile. Offer range from 50%-80%... Best nye. Memandangkan aku ni memang ahli paling potensi dalam Alfio Raldo ni, awal2 lagi dapat surat dari Alfio Raldo terus apply cuti. Bukan apa, Alfio Raldo ni kalau buat sale ramai gila orang. Kadang2 sampai satu bas datang serbu HQ die kat Kajang tu. Aku dapat jugakla sambar 3 pasang kasut. Hajat di hati nak ambik lagi 2 pasang, tapi size pulak takdak .... aduh ... tensen tensen ...... HAPPY SHOPPING

p/s tengkiu kepada mydear yang tidak pernah jemu2 menyesponsor shopping2 malaysia mummy.


COPPS...COPPS..1ST COMMENTOR....

WOW..BESTNYER SHOPPING KASUT...
Tue 25-Nov-2008 09:35
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.