|
|
| Sunday, 11-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KotA KiNAbaLU - 10/09/2005 to 12/09/2005
|
|
we're going to kota konabalu, sabah for 3 days 2 night (its not enough actually )...its me yg mengada-ngada nak pegi .... (konon-konon time honeymoon dulu kat kuching, so this time p la KK pulak).....pusing satu malaysia ...
cuti-cuti malaysia
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HIKMAH
|
|
A love story between Ana, an orphan who lives with her stepmother and Adrian, from a wealthy family. The story follows the obstacles they have to go through to be together. Starring Teuku Ryan, Tamara Bleszynski.
Sinetron yang 'serius' menarik dan hebat ..... Best gile citer ni ..... Kisah ketabahan seorang isteri yang menghadapi konflik dalam rumah tangga ...... Bukan kerana kecurangan suami, tetapi hasad dengki keluarga mertuanya ......
Astro Ria, Weekdays 6.30pm - 7.30pm
ingat mengingati .....muhasabah diri.....
...subhanallah,allhamdulillah,astarghfirullah,allahuakbar....
ku percaya, tiada yang sia-sia.... semua ada hikmahnya .......
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
IT MIGHT BE YOU
|
|
SINOPSIS - IT MIGHT BE YOU
In a small town of Montegracia, politics is in disarray, but amidst the stifling competition for power, a special friendship blossoms between the mayor's son, Lawrence Trinidad, and an impoverished orphan, Cielo San Carlos. But when their friendship grows into an unlikely romance, Lawrence and Cielo realize that love is not all roses and moonlight, especially when they discover harrowing realities about their families and a dark past. Stars John Lloyd Cruz, Bea Alonzo, Tirso Cruz III.
wow..bestnya tengok citer it might be you..camilo and frida...kedua-dua otak criminal....panjang gile citer ni, bila la nak habis ..... ..... ingatkan bila si Frida tu dah kena tangkap citer ni pun habisla .... ropenye panjang lagi ..... muncul pulak kakak si Axel .... aduh pening-pening... anyway lagi bermanfaat tengok citer ni dari tengok SEMBILU ----- ahaks
Astro Prima , Monday to Thursday, 9-10pm.
siaran ulangan , hari yang sama 12.30pm-1.30pm and 5.30-6.30pm
siaran ulangan pun sampai 2 kali, sah-sahla citer ni best ...........
minah-minah filipina ni cun jugak....putih gebu....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 7-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekadar Renungan
|
|
Benarkah perkahwinan itu satu perjudian?. Jika bernasib baik akan bahagia tetapi jika tersalah pilih akan merana seumur hidup. Benarkah begitu?. Sesungguhnya dia tidak pasti kerana dia belum berkahwin. Tetapi saat bahagia itu akan menjelang tidak lama lagi. Pagi itu dia bangun dari tidur lalu melihat wajahnya dalam cermin. Dia terkejut kerana wajahnya nampak hodoh. Mukanya pucat, bibirnya kering, rambutnya mengerbang kusut masai dan mulutnya berbau masam.
Dia berfikir sejenak. Bagaimana kalau suaminya melihat wajahnya dalam keadaan begini?. Mungkinkah kasih sayangnya akan pudar?. Selama ini setiap kali pertemuan dia akan menghiasi wajahnya dengan alat-alat solek. Dia menjaga tutur katanya supaya sentiasa sopan. Dia mengawal tingkah lakukan supaya disenangi oleh tunangnya. Tetapi setelah mereka menjadi suami isteri nanti, semuanya akan terserlah dan tidak ada lagi yang dapat disembunyikan.
Dia menjadi cemas bila memikirkan semua itu. Dia bergegas keluar lalu berkereta menuju ke rumah tunangnya. Dia berdiri di depan pintu dengan dada yang berdebar sambil memberi salam. Apabila pintu terbuka dia dan tunangnya sama-sama terkejut.
"Kenapa engkau datang ke rumah aku dipagi begini dan dalam keadaan begini?" tanya tunangnya.
"Aku perlu berjumpa engkau," jawabnya.
"Untuk apa?" tanya tunangnya lagi.
"Jemputlah aku masuk dulu."
"Jemputlah masuk tapi maaf kerana aku baru bangun dari tidur."
Dia masuk lalu duduk di sofa.
"Engkau belum menjawab pertanyaanku," kata tunangnya.
"Aku tidak mahu menipu engkau lagi."
"Menipu? Apa maksud awak?"
"Lihatlah wajahku ini. Aku mahu engkau melihat wajahku yang sebenar."
Tunangnya tiba-tiba ketawa. "Aku sudah melihat wajah awak sejak pertama kali kita bertemu."
"Tetapi itu bukan wajahku yang sebenar. Setiap kali kita bertemu aku solek wajahku supaya nampak cantik. Sekarang aku datang dengan wajah aku yang sebenar."
"Aku masih tidak faham. Berterus teranglah."
"Selama ini bila kita bertemu aku solek wajahku supaya engkau terpesona. Aku wangikan badanku supaya engkau terpukau. Sekarang aku tak mahu menipu lagi. Engkau lihatlah diriku yang semula jadi."
"Sekarang baru aku faham," kata tunangnya sambil tersenyum. "Awak juga boleh melihat keadaan diriku selepas bangun dari tidur. Aku juga belum mandi dan masih berseluar pendek. Adakah saya nampak hodoh?"
" Awak masih tampan."
" Awak juga masih cantik."
pilihla kecantikan hati bukan pandangan mata .......
--do the right thing, right the first time, always ..... everytime ......
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TIP MUDAH UNTUK CANTIK
|
|
1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???
4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.
6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
SENTIASA
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Apr-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
baCk tO wORk ....
|
 |
|
tempat koje
|
|
|
kembali bertugas seperti biasa huaaaaa boring ........ bestnye cuti 2 minggu ....
http://globalfm.com.my
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
pic eDit
|
|
ahaks .....mcm tak jadi je .....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
pakaian beragam - melaka
|
|
wah ..... memang best la kalau kawin ... pengantin perempuan la especially, kat melaka ni pun ada pakaian beragam jugak ...... hahahahaha .. baju persalinan actually ..... adat kat sini lain dari taiping .....kat taiping memang just suka-suka je pengantin tukar-tukar baju ..... tapi kat kat sini macam adat ... sementara menunggu majlis berarak ... takla pengantin perempuan boring, ada jugakla aktiviti nak buat ....... penat jugakla berposing ni .... dahla keras macam kayu .... jenuh cameraman tu nak betulkan ..... thank you Bob (my cameraman) for your patient and your wonderful jobs........
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
majlis perkahwinan - mazzuki side, melaka
|
|
purple colour - antara mydear mazzuki punya favourite colour .... memang kena cari kale yg sesuai bila nak kawin ni .... semua kena match ... yang penting sekali warna kulit.....mydear mazzuki ni, memang kena pakai kale-kale yang natural... kalau kale lain, tak kena sangat .... thank you to Intan eksklusif for all the dress termasuk, baju-baju persalinan, pelamin , meja makan, make-up ... etc .....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
malam naik pelamin....reception Mazzuki side
|
|
adat pepatih ...... the most precious moments in my life .. ada bunga api malam tu .... something yang tak boleh dilupakan ... mana taknya sanggul lintang yang atas kepala tu bukannya readymade ok ..... yang original ..... berat gila, nak patah dah leher time tu .... senyum pun dah lain mcm mlm tu .... i really love to wear the "baju" ... serious .... the problem is , the "sanggul lintang" ...its really hurt ..... but anyway, semua dah lepas ...... just count the memories ....
venue : masjid tanah , melaka
time : lepas isyak - midnight
|
|
|
|