 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
mydear myheart mylove mazzira
By: mydear mazzira
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 10-Jul-2009 05:58 |
Email | Share | Bookmark |
|
apa ada dalam hati .......
|
|
Hari ni Jumaat, hari jumaat ni aku panggil Ladies Day ..... normally aku dgn Suria (PA aku) akan meramaikan kaum-kaum hawa di mana .... mana lagi ALAMANDA ....maklumla, rehat kan panjang . Bukan ada buat apa pun, makan dekat RASA pastu jln2 window shopping. Kalau tak ke ALAMANDA aku akan ajak suria ke Jualan Puspanita di mana-mana kompleks kerajaan yang anjurkan acara tersebut .
Hari ni , aku tak kuar ke mana-mana ... kenapa ? aku banyak keje ... huhuhuhu, tgkla meja aku, byk lagi bende yg aku kena settle sebelum cuti . Tensen Tensen ...... makin dah nak dekat tarikh bersalin, makin byk pulak keje aku ............
Semenjak 2 menjak ni aku tak berapa sihat sangat .... especially time nak tido mlm, semua posisi tak kena. Tak tau dah nak buat mcm mana ....air cond dah 20'c pun aku still kata panas. Mydear & danial dah gile sejuk. beza betul time mengandungkan Enel dulu. Satu lagi kalau duduk, alahai susahnya nak bangun berdiri. kalau duduk atas kerusi takpe, tapi kalau duduk kat bawah (contohnya time lipat kain) ya allah, seksanya nak bangun berdiri .....
Emosi pun , skrang tak berapa stabil ..... kadang2 aku ok, kadang2 semua tak kena .... kesian kat staff aku kat opis ni, yg asyik dgr aku membebel kat opis & husband aku yang terpaksa dengar aku membebel kat rumah ...... endingnya, mak & ayah aku dtg hujung minggu ni tunggu sampai aku bersalin (husband aku yang call suh dtg).
Berat badan .... ini agak menakutkan untuk dibincangkan, aku betul2 berdoa agar kembali normal selepas bersalin nanti. Kali ni memang naik banyak berbanding yang lepas. aku dah naik almost 13.8 kg. Cukup membuatkan aku susah hati untuk masa ni . Hopefully Nona Roguy akan membantu semasa aku dlm proses berpantang. Andai kata tidak berjaya sangat, terpaksala aku jadi pelanggan tetap SLIM WORLD . (slim world ni ada mnyediakan pakej khas untuk ibu2 yang baru / lepas bersalin dan susah untuk menurunkan berat badan - info dari rancangan GUGU GAGA ERRA Astro)
Hmmmm , bab kerja pun buat aku susah hati .... nak tinggalkan opis dlm masa 2 bulan, membuatkan bukan sahaja aku, malah bos2 aku pun agak susah hati . Situasi keje aku memang berbeza dengan orang lain. Walaupun, nampak mcm mudah tapi nak handle seluruh fasiliti bangunan no.1 negara ni, bukanlah satu perkara yang ringan. Keputusannya, aku akan berpantang sekejap sahaja di Taiping . Selepas aku selesai berurut, luka sembuh dan baby pun dah 'luruh' pusat, insyallah aku akan balik ke rumah sendiri . (kena pujuk mak aku ikut sekali) . So, apa-apa hal staff senang nak berhubung dengan aku @ dtg terus ke rumah, (rumah aku dengan opis dekat je) sekiranya ada masalah.
Baby pun sekarang ni doc kata boleh lahir bila-bila masa. So, kena get ready. Carta pergerakan baby kena awasi betul2. Sebab baby sekarang dah matang, takut ada implikasi kalau pergerakan tak cukup 10 kali sebelum pukul 8 malam. Nama baby, sampai sekarang masih belum ada kata putus husband aku. Di mana nak bersalin .... pun dalam dilemma jugak . Tapi % besarnya di HOSPITAL PUTRAJAYA. sebab dekat dengan rumah dan tempat kerja. Lagipun, Danial dulu pun bersalin kat sana, takde masalah dan 100% puas hati and the most important thing, Hospital ni merupakan salah satu HRB-Hospital Rakan Bayi.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|