Want your
own Fotopage?










 
mydear myheart mylove mazzira

By: mydear mazzira

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Aug-2009 07:48 Email | Share | Bookmark
CERITA KAMI

hmmm sudah hampir sebulan (lg 3 hari) kami 3 beranak di rumah Opah Taiping. Dan hampir setiap minggu Mr. Mazzuki akan datang melawat isteri kesanyangan dan 2 orang anaknya di rumah mak. Kesian mydear, anyway bak kata aku kat sikin, sejauh jauh tepeng jauh lagi kuala nerang, sampai dah takdak plaza tol pun tak sampai lagi. hahahaha, betul tak sikin, komen sikit ...

CERITA IBU



Berpantang di rumah mak memang seronok tapi kena tahan mental. Jadual aku bermula jam seawal jam 6.30 setiap pagi. paling lambat pun pukul 7 pagi mesti aku dah bangun. Mula2 tu tensen jugak, tapi lama2 aku dah biasa.
Lepas bangun tdo aku kena bertungku selama satu jam, atau sehingga tungku yang mak aku bakar tu (di balut dgn pelbagai jenis daun) hilang panasnya. Peghhh memang kena kuat semangat time bertungku ni, dah la besi tungku tu berat , panas pulak tu, kalau mengantuk boleh terlepas .
Amalan bertungku ni kena buat sampai habis pantang - 44 hari. Hari ni baru hari yang ke 29 . Lama lagi nak habis . lepas bertungku aku mandi ( 3 hari aku kena mandi air daun2 herba ) , sebab makcik yang mengurut aku tu dalam 8.30 die sampai. Aku berurut seminggu berturut-turut dan kena ulang lg sekali bila hari yg ke 44.
timing memang kena betul untuk semua aktiviti ni. aku lambat je sikit, sure baby dah jaga, confirm2 nak susu . Hmmmm alamatnya lambatla makcik ni mengurut aku.
Habis je mengurut, aku akan pakai bengkung , mak memang akan cek bengkung aku ikat ketat ke tak, kalau tak mesti membebel mak aku . masa mula2 dah rasa mcm ikan duyung, tapi sekarang ni dah rasa biasa.
Ingat lagi tak Jamu Nona Roguy yang aku beli sebelum bersalin. memang berbaloi aku beli, memang aku guna sepenuhnya. Luka dekat 'tuut' pun cepat sembuh. Tiada lagi masalah pembuangan mcm dulu , semua berjalan lancar. Makcik yang mengurut aku pun aku suh guna minyak Herbanika Nona Roguy sepenuhnya, hasilnya allhamdulillah badan pun rasa ringan, takde rasa letih , berat badan pun allhamdulillah dah kurang 11 kg.

CERITA ENEL

12 Ogos lepas b'day Danial. Kesian anak mummy, tak dapat nak buat b'day party macam selalu n hadiah pun takde. Tunggu mummy habis pantang ye sayang. Kita ajak abah beli hadiah danial. Abah pun bz sangat lately. Anyway, abah bawakkan donut kegemaran danial. Tp mummy tak dpt makan. Opah tak bagi .



terima kasih tokwan , bg hadiah beskal kat enel .


CERITA MELYSSA



hmmm puteri sorang ni mcm baby yang lain. Keje die, hisap susu setiap 2 jam dan tido . Sekejap2 je Melyssa bangun . Berat badan sekarang dah naik 3.3 kg. Allhamdulillah .
Jaundice - hmmm aku dah agak mesti kena punya. sama mcm enel dulu. bezanya si abang dulu tak kena admit wad. tapi si adik masuk jugakla wad semalaman. Actually lg bagus kalau kena admit wad.
lagi cepat tahap bilirubin dalam darah anak kita turun.
Melyssa time kena tahan 14.0 hb/l tapi time discharge terus turun 10.2 hb/l. Mana taknya, doctor terus pasang double photo (2 lampu) pada katil melyssa.

okla, itu sahaja untuk kali ini. insyallah nanti kalau ada masa saya update lg.


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.