 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
mydear myheart mylove mazzira
By: mydear mazzira
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 19-Aug-2009 08:18 |
Email | Share | Bookmark |
|
JAUNDIS - Penyakit Kuning
|
|
mari kita cerita tentang penyakit kuning di kalangan bayi ...
BAGAIMANA IA BERLAKU
ketika bayi dalam kandungan, bilirubin akan dibuang melalui plasenta dan seterusnya oleh organ hati si ibu. Namun setelah bayi lahir proses tadi akan dilakukan sendiri oleh hati si bayi. Namun disebabkan fungsi hati bayi tadi belum sempurna, maka proses ini berjalan lebih lambat dan akhirnya bilirubin tetap tinggi dalam darah bayi kita. Kenapa bayi kita warna kuning ? Kerana lebihan bilirubin tadi telah masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kita kelihatan kuning. malah putih mata bayi juga akan kelihatan kuning.
KETIDAKSESUAIAN DARAH
Kuning yang berlaku akibat ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi boleh berlaku sekiranya ibu mempuyai jenis darah O . tetapi bayi anda mempunyai jenis darah A atau B. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh darah ibe rhesus negatif sedangkan bayi pula rhesus positif.
Bayi mula kelihatan kuning jika kadar bilirubin mencapai 6-7 hb/l. namun sekiranya bacaan bayi anda mencapai 12-14 hb/l perlu mendapat rawatan dengan segera.
APA YANG PERLU DILAKUKAN
1- kerapkan meyusu bayi anda supaya bayi dapat mengurangkan kadar bilirubin dalam darah melalui
proses pembuangan air kecil dan besar.
2- segera ke klinik berhampiran sekiranya mendapati bayi anda lebih kerap tidur, tida aktif dan tidak
mahu menyusu.
RAWATAN DI HOSPITAL
1- Terapi sinar akan diberikan kepada bayi agar tahap bilirubin dlm darah tidak meningkat dan dapat
dikurangkan.
2- Suntikan antibiotik juga akan diberikan sekiranya bayi disyaki mengidap jaundis akibat jangkitan
3- Jika kadar bilirubin mencapai 20 hb/l biasanya doktor akan mula memikirkan kemungkinan untuk
melakukan transfusi darah.
KESAN KE ATAS BAYI JIKA TIDAK DIRAWAT
1- tahap bilirubin yang tinggi kan merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan bayi mengalami
kekejangan.
2- Bayi anda boleh lumpuh, gangguan pendengaran dan pelbagai kegagalan organ dalaman.
hmmm bila Melyssa kena jaundis, aku memang tak terkejut sebab aku darah O+ve . Memang pembawa kepada bayi. Cuma tahap bilirubin si adik melebihi sejarah si abang 3 tahun lepas. Tapi lepas mendapat rawatan di Hospital Taiping , Alhamdulillah semuanya selamat.
Macam-macam makcik2 keliling rumah mak aku suh bagi dekat baby untuk hilangkan kuning. Susu kambing la, air sengkuang cina la , semua aku tak berani nak cuba. Takut jadi penyakit lain pulak. Biarla duduk dalam wad lagi aku senang hati daripada dapat penyakit lain.
sekian dulu untuk kali ini, nanti saya update lagi .
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|